April 17, 2015

Tamat sudah Asasi Sains UiTM 14/15

Assalamualaikum semua !

Rasanya dah lama juga tak tulis apa-apa dekat blog. Bukan apa, hanya sikap malas gila dah besar dan immune dengan badan  ni. Tamat sesi asasi ku pada tarikh keramat 13/04/2015. Rasa syukur sangat-sangat sebab sampai juga ke tahap ni walaupun rasa mula-mula nak GIVE UP. Siapa tak stress whoii dengan 25 credit hours for 1 semester. Siapa sangka kan. HAMBIK KAU !

Tapi sejujurnya, aku minta asasi ni bukan yang first choice macam kebanyakan orang lain yang minta. Aku minta diploma mula-mula. Masa sem 1, rasa tak bersyukur pun ada. Tapi aku yakin Allah SWT ada planNya tersendiri. We as human, just follow the flow ~ Siapa sangka, dalam masa setahun, kau berkenalan dengan ramai orang. Mula-mula aku rapat dengan orang ini, di sebabkan perangai macam tak boleh nak masuk, aku jauhkan diri. Bukan bergaduh atau apa, tapi aku nak elak daripada berlaku anything yang lagi teruk. It's better to do that.

Bila dekat Universiti, kawan tu ramai. Macam prinsip aku, kalau kawan kau yang kau berkawan tak boleh macam nak "ngam" sangat, it's better cari yang lain. Kawan bukan seorang je ye sayang-sayangku.

Baru berapa hari dah habis asasi ni, aku rasa blank sebab tak tahu nak buat apa. Apa yang tak kenanya ialah, kalau sekarang dekat dalam bilik ni, aku duduk baca buku atau study atau layan drama korea atau layan movie member bagi atau kacau roommate aku yang aku saja faham perangai gila perempuan tu. Rindu laa ai ai. Rindu sangat.

So, haritu final selama 3 minggu dan selama sebulan aku tak cukup tidur. Bayangkan lah dalam masa seminggu tu ada test, quiz dan assignments yang banyak nak mampos. Tak ada laa sampai nak mampos tapi tu perumpamaan aku laa. Banyak sangat, kalau tak hantar memang markah carrymark kau BYE BYE.


Siapakah gadis idaman anda ? Pilih-pilih. Tak semua ada ni, tapi merekalah di antara orang yang aku rapat, yang agak faham juga laa aku jenis memang suka lone ranger katakau. Ini semua dari johor sampai kelantan. Hoho. Rasanya gambar ini diambil lepas tamat paper fizik. YES FIZIK ! Bila fizik habis jer, rasa otak ni ringan sikit. Maybe memang aku BUKAN bakal engineer sebab tak minat T__T 


Ini kes Ain ajak budak-budak kelas sarapan pagi sama-sama kononnya time terakhir bersama :'( Lagipun dia yang belanja makan, dan aku rasa bangganya nak mengisi perut yang kosong ni sebab orang belanja kan. Siapa tak nok. Betul ke idok ? Hehehe. Tapi time ni aku ingat 20 orang je terun sarapan dan Ain order 30 KEPING ROTI CANAI tapi habis sebab ramai macam harimau kelaparan.HOHO :o


Okay TADAAAAA ! Keseluruhan pelajar A9 with Mdm Sharifah yang bagi aku memang garang tapi ada taman dalam hati beliau. Ramai kan pelajar perempuan, hehe. Lagipun kelas aku merupakan kelas pelajar PALING RAMAI seramai 37 orang. Hahaha xD 

Macam-macam ragam dorang ni. Tapi tetiba rasa nak berterima kasih sebab they were a part of my journey. Siapa sangka, bulan 9 nanti dah masuk degree. Muda masuk degree umur 19 tahun. Muda sangat tu. Dunia luar pun tak tahu sangat. Macam mana tuuuuu.

Mereka akan sentiasa di hati, katanya nak meet up in 5 years. Nak tengok siapa dah kahwin time ni. Kut-kut dah ada anak pun ada. Hahaha. Yang pasti bukan aku. hoho xD

Those who apply for foundation in UiTM, don't think it'll be easy as people around you told so. Yelaa, nama UiTM macam gitu tak ada standard, actually we're better than others. Sistem belajar pun susah bukan SENANG. Kalau senang, aku rasa tak ada budak kena  gugur taraf masa sem 1.

Dahhhh ~ BYE SEMUA. Selamat NIght ! <---- color="#ff0000" font="" size="1"> aku memang suka rosakkan bahasa sekarang ni. Jangan ikut sebab tak elok. 

1 comment:

Anonymous said...

Hi Nabilah, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)