August 20, 2013

Selamat tinggal.. selamanya

Assalamualaikum semua. Baru sahaja menerima panggilan daripada mak saudara di Gombak.Datukku yang bernama Abu Zarin telah kembali ke rahmatullah menemui penciptanya.


Gambar terakhir ambil bersama sewaktu Raya 2012, Gombak.

Sebenarnya pada pagi hari yang sama, datuk baru sahaja keluar dari IJN kerana menghidapi penyakit jantung tapi Allah SWT itu Maha Kuasa. Sempat juga aku bertemu dengan beliau walaupun sekejap di hospital. 

Pesanan terakhir ialah "Atuk minta satu sahaja, Nabilah belajar bersungguh-sungguh."

Datuk, akan ku pegang janji itu.

Segala yang bernyawa akan kembali kepada penciptanya
  Duka di hati sukar diubati dek kala kehilangan yang tiada penggantinya 
Memori yang ada bersama akan ku simpan
Di dalam peti yang terletak di tempat istimewa dalam hati
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kepada sesiapa yang membaca ini, ku tidak minta duit untuk simpati
Tetapi ku minta jasa baik agar dapat menyedekahkan al-Fatihah buat yang telah pergi selamanya.

Hanya Allah SWT sahaja dapat membalas jasa baik semua :')

AL- FATIHAH
 

No comments: