June 7, 2013

Selamat tinggal, semoga kau tenang di sana kawan ...

5 Jun 2013 

Merupakan detik di mana bumi tiba-tiba menjadi suram dan mengalirkan air mata. Perasaan dari pagi terasa ada benda yang berlaku. Aku baru sahaja bangun dari tidur dan ada seorang sahabat menelefon dan bercakap, "Ila, Amir dah meninggal dunia." 

Mula-mula aku macam, jangan main-main dengan kata-kata tu. Agak kasar bunyinya. Tetapi hakikatnya, memang benar selepas aku buka twitter. Ramai kenalan sedang berdukacita. Siapa sangkakan. Benda luar jangkaan berlaku. Aku tidak mengalirkan air mata pada mulanya, masih tertanya-tanya, 
K E N A P A ?...

Aku terus cari gambar dia bersama rakan lain, dan aku mengalirkan air mata. Terasa sebak. Amir, kenapa kau tinggalkan kami semua ?

Lepas mendapat khabar berita itu, hujan turun dengan lebatnya. Inikah tandanya juga? Hujan yang membawa rahmat. Aku pergi ke rumah arwah. Terpinga-pinga juga cari rakan yang lain. Ramai aku nampak dalam kesedihan. Menundukkan kepala. Suasana yang tak pernah aku alami sebelum ini.

Aku mencari ibu si arwah, tetapi tidak sampai hati untuk mendekatinya. Kata rakan, ibunya pengsan setelah mendapat berita mengenai anak kesayangannya. Aku duduk sebelah rakan dan tanya bagaimana peristiwa ini boleh berlaku.

Selepas mendengar cerita keseluruhan, siapa yang tak terkejut. Memang di luar jangkaan ramai. Tapi, aku tahu. Arwah memang seorang yang baik. Anak yang soleh dan selalu senyum. Aku masih terngiang-ngiang juga suara arwah yang selalu panggil nama aku dari tingkat atas dan sewaktu balik.

 Aku duduk dengan rakan di sebelah, tiba-tiba, makcik arwah suruh kami bergerak ke masjid. Aku sempat salam ibu arwah dan.. tiba-tiba ibu arwah cakap, "Tak dapat kamu semua beraya di rumah makcik lagi kan". Ya Allah, janganlah kata begitu.

Kami semua berkumpul di Masjid Abidin, Taman Sri Skudai dan sempat melihat jenazah arwah. Allah, sangat tenangnya raut wajahnya. Dapat melihat juga kucupan terakhir ibu kepada anak laki kesayangannya. Aku turut membantu seorang nenek yang ingin melihat wajah jenazah. Sempat juga berbual dengan beliau. Rupanya, beliau pernah jaga arwah masa kecil dahulu. Hmmm ...

Melihat rakan-rakan laki seperjuangannya mengangkat arwah untuk masuk ke dalam masjid untuk disolatkan jenazah dan mereka mengangkat lagi sekali untuk masuk ke dalam van. Arwah selamat dikebumikan di Bukit Aliff dan pertama kali aku melihat rakan lelaki yang aku kenali menangis mengenangkan memori lama bersama arwah.

Kadang kala aku terasa tragedi ini bagaikan mimpi, tetapi itu tidak benar. Ini realiti dan telah pun berlaku. Sesuatu yang hidup, akhirnya akan kembali kepada penciptanya.

Al-Fatihah buat arwah yang bernama Mohamad Amir Hishsyam bin Abdullah. Semoga kau tenang di sana wahai sahabat :')

Al- Fatihah

Arwah yang berbaju merah, duduk ditengah-tengah


Gambar kami sewaktu menyambut Hari Raya 2012 :')
Kertas ujian pertengahan tahun arwah untuk subjek Biologi, Pn Zaidah baru nak tanda kertas arwah, tetapi ...


No comments: